BERASAL: Dari Minangkabau
NAMA ASAL: Perguruan Seni Silat Pagar Riau oleh kerana ianya berasal dari Pagar Ruyung, maka mengambil sempena nama inilah ianya diberi nama Persatuan Silat Pagar Ruyung, Daerah Kuala Terengganu (PEGAYUNG)
PENGASAS SILAT: Sultan Abu Yamin yang berasal dari Pagar Ruyung, Indonesia.
DIPERTURUNKAN: Kepada En. Ismail Bin Said yang tinggal di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu lebih ramah dengan panggilan Tokki Weil. Ianya telah berpindah ke Kuala Ibai dan terus menetap di sana. Tokki Weil telah lama meninggal dunia hampir 13 tahun yang lalu. Semasa hayatnya ilmu silat hanya diajar kepada kaum keluarga sahaja. Gelanggang untuk belajar silat pada masa itu tidak setempat yang mana ianya diajar di dalam rumah, di tepi halaman rumah, di padang, di tepi pantai dan juga di kawasan-kawasan yang difikirkan sesuai. Suasana latihan atau pembelajaran pada masa itupun kalau bulan mengambang atau cerah. Kalau bulan tiada maka dalam gelaplah cara latihannya.
DIKEMBANGKAN: Diperturunkan kepada muridnya bernama Mohd Nor Bin Abdullah dan lebih dikenali denggan nama Pak Da Non. Semenjak ianya diberi mandat oleh Allahyarham Tok Guru Tokki Weil, perkembangannya hebat sekali, boleh dikatakan semua anak muda kampung Kuala Ibai mempelajarinya. Kampung Kuala Ibai merupakan tempat latihan dan menjadi gelanggang utama sehingga ke hari ini. Semasa Pak Da Non mengajar, barulah silat ini dibuka kepada orang luar daripada Kampung kuala Ibai dan seterusnya membuka gelanggang di kampung-kampung lain dan juga di sekolah-sekolah.
DITERUSKAN: Jurulatih yang diberikan mandat oleh Pak Da Non ialah saudara Mohamad Bin Mat Amin untuk mengembangkan lagi silat ini seterusnya dengan lebih cemerlang. Pandangan serta buah fikiran Pak Da Non supaya ditubuhkan silat ini menjadi sebuah persatuan yang berdaftar menjadi sumber ilham sehingga ianya menjadi sebuah kenyataan dimana ianya secara rasmi menjadi sebuah persatuan yang berdaftar dan sah dari segi undang-undang. Perkembangan silat ini menjadi semakin baik dan berjalan dengan sempurna serta sentiasa menyahut saranan kerajaam. Pada waktu ini, orang yang bertanggungjawab untuk meneruskan Persilatan Pagar Ruyung di Negeri Terengganu adalah terletak di bahu Pengerusinya, En. Mohamad Bin Mat Amin dengan bantuan serta sokongan padu daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan.